Friday 20 November 2020

Lawatan Usahawan Satay ke Ladang Arnab

Petang semalam, MUNET Rabbitry - Pembekal Baka & Daging Arnab telah menerima lawatan seorang usahawan satay Saudara Izzat dr SS14 Subang Jaya untuk melihat sendiri armab² pedaging yg ada di barn kami.

Beliau adalah seorang usahawan satay yg lahir kesan drp pandemik Covid-19. Dahulunya beliau merupakan seorang pekerja disyarikat Oil & Gas namun kesan pandemik Covid-19, beliau terpaksa diberhentikan. Selain satay ayam, daging dan kambing, kini beliau ingin menambahkan variasi satay beliau dgn satay arnab pula. 

Diakhir lawatan, beliau membawa pulang 5 ekor karkas arnab utk memulakan R&D satay arnab beliau. Kami doakan beliau maju jaya dlm usaha beliau, inshaAllah. Sesiapa yg ingin mendapatkan satay ayam, daging dan kambing, boleh terus hubungi beliau di +6019-2894750.

_________
Sebarang pertanyaan & tempahan produk MUNET Rabbitry, sila whatsapp kami

🐇MUNET Rabbitry🐇
Pembekal Baka & Daging Arnab

No comments:

Post a Comment